TERAS PERKHIDMATAN
- Piagam ini ditujukan khas kepada setiap warga kerja dan pelatih Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown.
KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
- Setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya daripada bahagian pengurusan ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan & taraf sosio-ekonomi.
- Setiap surat yang memerlukan tindakan segera akan diuruskan dengan sempurna dalam tempoh 2 hari.
TARAF PERKHIDMATAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
MAKLUMAT PERKHIDMATAN
- Setiap surat pelanggan yang memerlukan tindakan akan diuruskan dalam tempoh 7 hari.
- Gaji setiap warga kerja yang baru/bertukar akan diproses dan diambil tindakan segera dalam tempoh 5 hari dari tarikh LPC diterima.
- Setiap pelatih akan menerima bayaran biasiswa dengan sempurna dalam tempoh 7 hari setiap awal bulan.
KEWAJIPAN PELANGGAN
- Mematuhi setiap peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi.
- Melengkapkan semua borang-borang yang berkaitan untuk diuruskan oleh bahagian pengurusan.
- Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup sihat dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara cermat dan bertanggungjawab.
