Selamat Datang ke
Portal
Pusat Pergigian Kanak-kanak &
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown
(PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal rasmi PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown.
Portal ini merupakan platform bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai organisasi serta aktiviti yang dijalankan di institusi ini agar dapat diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat serta warga institusi.
PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown merupakan satu-satunya Institusi Latihan kerajaan yang menawarkan kursus Separa Perubatan dalam bidang Auksiliari Pergigian. Ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyokong sistem penyampaian Kesihatan Pergigian di negara ini.
Institusi ini telah melalui beberapa fasa kemajuan dalam melaksanakan fungsi dan peranannya agar selari dengan transformasi pendidikan, kemajuan sains dan teknologi serta perkembangan Kesihatan Pergigian semasa. Oleh itu kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan peranan kami akan kekal selari dengan keperluan perkhidmatan Kesihatan Pergigian di negara ini. Kerjasama serta sokongan semua pihak amat dialu-alukan dalam memastikan misi dan visi institusi dapat dicapai dengan cemerlang.
Akhir kata, semoga maklumat di portal ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung.
Sekian, terima kasih.
DR ADILATUL HASANAH BINTI MUSA
Pengarah
Pusat Pergigian Kanak-kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
(Pergigian) Georgetown
