LATIHAN

TERAS PERKHIDMATAN

  • Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelatih yang mengikuti kursus di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown.

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

  • Setiap pelanggan boleh mendapatkan latihan daripada-daripada pihak PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan & taraf sosio-ekonomi.

TARAF PERKHIDMATAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhalas.
  • Setiap pelanggan akan diberi latihan sebaik mungkin secara profesional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

  • Setiap pelanggan akan memperolehi latihan yang sempurna dari segi ilmu, kemahiran dan sikap terhadap bidang tugas masing-masing.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kursus-kursus yang diperlukan untuk menghasilkan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (Pergigian) yang berkemahiran dan berpengetahuan.
  • Setiap pelanggan boleh mengikuti kursus-kursus untuk meningkatkan ilmu serta kemahiran selaras dengan teknologi terkini berpandukan kepada hasil kajian kesihatan.

PENDIDIKAN KESIHATAN

  • Setiap pelanggan akan diberi maklumat rawatan pergigian dan cara-cara pencegahannya
  • Setiap pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai rawatan dan pencegahan penyakit pergigian dengan memohon sendiri melalui personel seksyen bilik rawatan masing-masing.

KEWAJIPAN PELANGGAN

  • Mematuhi setiap peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi.
  • Mematuhi peraturan tatakelakuan pelatih dan tatakelakuan latihan yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup sihat dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara cermat dan bertanggungjawab.

                          

Image

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 15 Julai 2024.

Jumlah Pengunjung: 48140

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)