



BENGKEL mQUIT SERVICE : CERTIFIED SMOKING CESSATION FOR SERVICE PROVIDER (CSCSP)
4-5 September 2023
Auditorium, PPKK ILKKM (Pergigian), Georgetown
Selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan Kawalan Tembakau & Produk Merokok 2021-2030 di bawah strategi Pemerkasaan Masyarakat, institusi ini telah melatih 20 orang Pegawai Pergigian (Batch1) bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan intervensi di bawah Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah.
Pengisian bengkel dengan tajuk pembentangan / aktiviti yang sangat relevan untuk Pegawai Pergigian berperanan sebagai motivator / kaunselor bagi membantu perokok semasa untuk menghentikan amalan merokok, seterusnya membantu negara menurunkan prevalen merokok kepada <5% menjelang tahun 2040 (towards the endgame).
Prof. Dr Mohamad Haniki dan Prof Wee Lei Hum telah dijemput khas sebagai penceramah/fasilitator di dalam bengkel ini. Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya di dalam CSCSP Level 1 dan Level 2.