





Bengkel Pemurniaan Senarai Semak Audit Kualiti Dalaman Ms Iso 9001-2015
Tarikh: 11 dan 12 Ogos 2022
Bengkel 2 hari telah diadakan bertujuan memurnikan senarai semak audit sedia ada berpandukan Prosedur Kualiti yang menepati standard kualiti MS ISO versi 9001:2015. Bengkel ini juga bertujuan mewujudkan keseragaman pemahaman serta mengurangkan perbezaan intepretasi antara auditor agar proses pengauditan kualiti (risk-based audit) dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.
Seramai 24 peserta yang terdiri dari Juruaudit Dalaman telah menjayakan bengkel ini dan telah berjaya mengemaskini 50 Senarai Semak Audit Dalaman.