
BENGKEL PENGEMASKINIAN PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001:2015 BIL 1 2023
Pada 2 &3 Februari 2023 telah diadakan Bengkel Pengemaskinian Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2015 di Bilik Penyelidikan PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown. Bengkel ini diadakan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran tentang cara penulisan prosedur Kualiti mengikut keperluan MS ISO 9001:2015. Taklimat cara penulisan prosedur kualiti yang mengikut keperluan yang ditetapkan telah disampaikan oleh Dr ’Aisyah binti Mohd Abu Bakar. Hasil dari bengkel yang dijalankan ini, sebanyak 33 prosedur kualiti telah disemak dan dikemaskini mengikut keperluan MS ISO 9001:2015 dan juga selari dengan proses kerja yang terkini seperti yang sedang dilaksanakan. Bengkel ini melibatkan penyertaan 27 orang peserta dan 6 orang fasilitator bagi mengenaskini Prosedur kualiti yang telah dipilih. Diharapkan agar bengkel ini dapat memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua peserta tentang cara pengemaskinian prosedur kualiti yang betul dan terkini.