

Bengkel Tot Silibus Kurikulum Pos Basik Pergigian Pediatrik (Obe) & Pembinaan Item
20 -21 Julai 2022, Georgetown, Pulang Pinang
Bengkel di atas telah diadakan di institusi ini melibatkan 19 orang Pakar Pergigian pelbagai kepakaran dari KKM iaitu Pergigian Pediatrik, Ortodontik & Kesihatan Awam Pergigian serta seorang Pakar Restoratif dari ATM. Bengkel 2 hari ini diadakan bertujuan meningkatkan dan memantapkan kemahiran Pakar Pergigian sebagai fasilitator dalam pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (selaras dengan kurikulum baru OBE dan ketetapan piawaian MQF), penyediaan item, pelan & modul pengajaran bagi Kursus Pos Basik Pergigian Pediatrik (Juruterapi) yang akan dijalankan pada bulan September 2022 akan datang.