

CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN
TARIKH : 14 Januari 2023 (Sabtu)
TEMPAT : Auditorium PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown
Pada 14 Januari 2023, ceramah keselamatan kebakaran dan pengungsian bangunan telah diadakan pada pukul 9.00 pagi - 1.00 petang di Auditorium PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown bagi pelatih-pelatih PPP ambilan Januari 2023 yang melibatkan seramai 70 orang. Ceramah ini turut dihadiri oleh 4 orang ahli bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak serta 3 orang penyelaras gerak kerja bomba.
Penceramah jemputan, Tuan Mohd Azhar bin Mohd Salleh dari Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Pulau Pinang telah memberikan perkongsian ilmu yang amat berguna kepada semua peserta program ini dan diharapkan dapat dijadikan panduan pada masa akan datang.
Aktiviti pengungsian bangunan dan latihan 'fire drill’ dibuat bagi memberi pendedahan dan latihan kepada semua pelatih PPP ambilan Januari 2023.
Penyelaras gerak kerja bomba iaitu Puan Margaret Ann J Peter mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua.