KONVESYEN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERINGKAT ILKKM ZON A

PROGRAM : KONVESYEN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERINGKAT ILKKM ZON A

TARIKH : 26 OGOS 2023

TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN BATU UBAN PULAU PINANG

Pada hari Sabtu 26 Ogos 2023 telah PPKK DAN ILKKM PERGIGIAN GEORGETOWN PULAU PINANG telah bertindak sebagai tuan rumah bagi menjayakan KONVESYEN SUKAN DAN KEBUDAYAAN ILKKM ZON A yang terdiri dari PPKK DAN ILKKM PERGIGIAN GEORGETOWN, ILKKM BERTAM KEJURURAWATAN, ILKKM ALOR SETAR PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DAN ILKKM ALOR SETAR KEJURURAWATAN.

Perasmian KONVENSYEN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERINGKAT ILKKM ZON A telah dirasmikan secara maya oleh Puan Pengarah PPKK DAN ILKKM PERGIGIAN GEORGETOWN Dr Nor Haslina Binti Mohd Hashim secara maya.  Sebanyak terdapat 9 acara yang dipertandingkan iaitu aerodance, pentomin, futsal, badminton, ping pong, bola tampar, bola jaring, e sport dan sepak takraw.

Objektif konvensyen ini diadakan adalah sebagai salah satu keperluan di dalam memenuhi keperluan jam kredit pelatih, menjalinkan silaturahim antara pelatih- pelatih pelbagai bidang separa perubatan dan memupuk semangat kesukanan di dalam jiwa para pelatih.

Setiap pertandingan pasti ada kalah dan menang, tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan akan mewakili konvesyen sukan dan kebudayaan peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada tahun hadapan. Kepada yang gagal, cuba lagi pada 2 tahun akan datang.

Sekalung penghargaan buat semua urusetia yang bertanggungjawab dan penuh dedikasi di dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Dan tidak lupa juga buat EXCO PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELATIH dan AJK yang sentiasa membantu dan memberi kerjasama.

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 07 Mei 2026.

Jumlah Pengunjung: 92017

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)