LAWATAN KE TASKA MUTIARA BONDA 2023

Pada 28/8/2023 – 29/8/2023 Pasukan Pergigian Pra Sekolah yang terdiri oleh Juruterapi Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan PPKK & ILKKM (P) Georgetown telah membuat lawatan ke taska swasta seliaan institusi iaitu Taska Mutiara Bonda. Lawatan ini melibatkan kanak-kanak toddler yang terdiri dari umur 3 bulan sehingga 4 tahun. Objektif utama adalah untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan dan cara penjagaan kesihatan pergigian dikalangan kanak-kanak toddler. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan seperti ceramah pendidikan kesihatan pergigian, Latihan Memberus Gigi Berkesan (BEGIN) dengan teknik yang betul buat panduan guru-guru, pertunjukan boneka, pemeriksaan pergigian dan penyapuan “fluoride varnish” bagi tujuan pencegahan bagi kanak-kanak yang berisiko tinggi terhadap karies. Diharapkan dengan lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran yang terlibat.

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 07 Mei 2026.

Jumlah Pengunjung: 91998

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)