Lawatan Ke Taska Seliaan 2024

LAWATAN KE TASKA SELIAAN 2024

Pada 01.02. 2024 sehingga 08.02.2024 telah bermula program tahunan lawatan ke taska  seliaan oleh Juruterapi Pergigian Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown. Objektif utama program ini adalah lebih memberi tumpuan kepada kanak-kanak toddler tentang kepentingan dan cara penjagaan kesihatan pergigian. Program ini telah melibatkan seramai 108 orang kanak-kanak Toddler dari 5 taska iaitu Taska Pintascare Relau, Taska Pintascare Gelugor, Taska Mutiara Bonda, Taska  Kemas Mutiara Tulen dan Taska Kemas Kompleks Institusi Pendidikan (KIP) yang terdiri dari umur 0 – 4 tahun. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan adalah seperti ceramah pendidikan kesihatan pergigian, latihan memberus gigi mengikut modul BEGIN, pemeriksaan kesihatan pergigian serta aktiviti pencegahan iaitu sapuan “fluoride Varnish”. Semoga lawatan yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada kumpulan sasaran yang terlibat.

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 07 Mei 2026.

Jumlah Pengunjung: 91050

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)