








Pada 23 April 2026, PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada ILKKM Johor Bahru dalam satu lawatan penanda aras ke Unit Penilaian dan Kualiti sebagagai wadah perkongsian amalan terbaik di samping memperkukuhkan kualiti pelaksanaan penilaian, peperiksaan serta penyampaian latihan.
Sepanjang lawatan, para peserta telah didedahkan dengan sesi taklimat pengenalan ringkas, lawatan ke fasiliti dan unit Penilaian dan Kualiti, serta sesi perbincangan dua hala yang interaktif. Pelbagai perkongsian pengalaman, idea dan pendekatan inovatif telah dibincangkan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan serta pelaksanaan program latihan.
Lawatan ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi penambahan ilmu dan pendedahan, malah turut membuka ruang kepada jalinan kerjasama strategik yang lebih erat antara kedua-dua institusi.
Diharapkan segala perkongsian yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan kesihatan pada masa akan datang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.
Terima kasih atas kunjungan!
