

Pada 21/8/2023, Juruterapi Pergigian PPKK & ILKKM (P) Georgetown telah menjalankan beberapa aktiviti semasa lawatan ke taska dan tadika. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan pergigian, latihan memberus gigi mengikut modul BEGIN, ceramah pendidikan kesihatan pergigian, main peranan, permainan boneka serta aktiviti pencegahan iaitu sapuan “fluoride Varnish”. Lawatan ini berlangsung dari 10/8/2023 – 6/9/2023. Semoga lawatan yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.