MAJLIS PENUTUPAN KOLEJ DALAM TAMAN BERSAMA HEP

MAJLIS PENUTUPAN KOLEJ DALAM TAMAN BERSAMA HEP

Tarikh : 11 Jun 2023

Masa : 7.30 pagi -3.30 petang

Tempat : Tapak Landskap  PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown

Pada 11 Jun yang lalu telah diadakan Majlis Penutupan Kolej Dalam Taman yang telah dirasmikan oleh Pn. Rokiah binti Sahadan selaku Hal Ehwal Pelatih. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak. Majlis ini terdiri daripada 4 orang penyelaras iaitu Pn. Norazlira binti Abdul Mutalib, Pn. Premalatha A/P Muniandy @  Maniam, Encik Nazfirul Nawi dan Cik Fionicika dan 34 orang pelatih. Turut hadir juga 2 orang tetamu jemputan untuk menjayakan majlis ini iaitu Pn. Salina binti Mail dan Pn. Fauzilah binti Md. Arif. Sebelum majlis ini dimulakan, seramai 34 orang pelatih telah memberikan komitmen mereka dalam aktiviti berkumpulan seperti mengecat batu-bata, mengubahsuai kedudukan pasu bunga dan mencabut rumput. Dengan adanya kerjasama dan persefahaman dari setiap pelatih, aktiviti Kolej Dalam Taman telah berjalan begitu baik dan menyeronokkan. Pelatih yang terlibat juga merasa bangga dan berpuas hati kerana dapat menyumbangkan tenaga dari segi fizikal mahupun mental untuk kali terakhir sebelum ditempatkan di Pusat Latihan Amali di tempat masing-masing.  Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Kolej Dalam Taman dan Majlis Penutupan Kolej Dalam Taman bersama HEP.

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 11 Julai 2025.

Jumlah Pengunjung: 63394

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)