Majlis Persaraan 2023

"Satu majlis persaraan bagi meraikan pegawai yang bakal bersara pada tahun 2023 seramai 2 org dan telah bersara pada 2023 dan 2022 seramai 2 diadakan di Bilik Mesyuarat Bangunan Tambahan pada 16/06/2023.
Pegawai yang telah bersara pada tahun 2022 dan 2023 adalah Pn Lim Lay Choo, Pengajar ( Juruterapi Pergigian) Gred U44 bersara pilihan pada 31.12.2023 dan Pn Aziah binti Embong, Penyelia Juruterapi Pergigian Gred U36 bersara paksa pada 01.01.2023.
Manakala pegawai yang bakal bersara pada tahun 2023 adalah Puan Rokiah binti Sahadan, Pengajar ( Juruterapi Pergigian) Gred U44 bersara paksa pada 18.06.2023 dan En Vijayan A/L Muniandy, Penyelia Asrama Gred N22 bersara paksa pada 15.10.2023.
Majlis diraikan dengan ucapan aluan dan penghargaan Pengarah serta pegawai yang bakal bersara, Pn Rokiah binti Sahadan dan En Vijayan A.L Muniandy. Puan Lim Lay Choo dan Puan Aziah binti Embong yang tidak dapat hadir kerana urusan yang tidak dapat dielakkan amat dirasai.
Sedikit cenderahati telah disampaikan oleh Pengarah kepada kedua bakal pesara sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada sektor perkhidmatan awam.
Semoga dengan persaraan ini, pegawai didoakan dapat menjalani kehidupan yang tenang dan amat bermakna bersama insan2 tersayang."

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 11 Julai 2025.

Jumlah Pengunjung: 63392

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)