








PUSAT PERGIGIAN KANAK-KANAK & ILKKM (PERGIGIAN) GEORGETOWN, PULAU PINANG
PENDAFTARAN PELATIH BAHARU
KURSUS SIJIL PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN JANUARI 2023
TARIKH: 9 JANUARI 2023
Pendaftaran pelatih baru Kursus Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian Januari Ambilan 2023 telah dijalankan dengan jayanya di parkir Bangunan Tambahan, PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown Pulau Pinang. Seramai 70 daripada 73 orang calon dari seluruh Malaysia telah datang mendaftar. Program Pendaftaran dan Minggu Orientasi dari 9 hingga 13 Januari 2023 adalah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelatih di bawah seliaan Puan Rokiah binti Sahadan dan dibantu staf-staf AJK Induk dan kecil Pendaftaran & Orientasi dan 17 orang pelatih Pertubuhan Kebajikan Pelatih. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam aktiviti ini.
