
NAMA PROGRAM:PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT PPKK & ILKKM (PERGIGIAN) GEORGETOWN
TARIKH:17/2/2023 (JUMAAT)
TEMPAT:AUDITORIUM TINGKAT 3,BANGUNAN TAMBAHAN
DISKRIPSI:
GERAK KERJA KEBUDAYAAN (KEROHANIAN) ILKKM Georgetown (P) telah melaksanakan Pertandingan Nasyid pada 17.2.2023 bermula jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Aktiviti ini melibatkan pelatih dari semua kursus iaitu pelatih Diploma Teknologi Pergigian, Diploma Terapi Pergigian dan Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian. Sebanyak 8 kumpulan (60 orang pelatih) bertanding dalam pertandingan ini. Seramai 25 orang ahli jawatankuasa daripada pelatih juruteknologi pergigian tahun 1, juruterapi pergigian tahun 1 dan pelatih pembantu pembedahan pergigian yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti ini.
Tujuan program ini dilaksanakan bagi pemilihan peserta yang terbaik sebagai persediaan Pertandingan Nasyid Peringkat Zon Utara yang akan diadakan pada bulan Mac nanti. Jawatankuasa gerak kerja kerohanian mengucapkan jutaan terima kasih atas sepakatan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Pengurusan ILKKM Georgetown (P) dan semua pelatih yang menjayakan program ini.
