PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT GK KECERGASAN PERINGKAT ILKKM GEORGETOWN (P)

NAMA PROGRAM : PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT GK KECERGASAN PERINGKAT ILKKM GEORGETOWN (P)

TARIKH : 28.1.2023 (SABTU)

TEMPAT : RUANG PARKIR BANGUNAN TAMBAHAN & PADANG FUTSAL

  ILKKM GEORGETOWN (P)

DISKRIPSI:

Gerak Kerja Kecergasan ILKKM Georgetown (P) telah melaksanakan Pertandingan Sukan Rakyat pada 28.1.2023 (Sabtu) bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Aktiviti ini melibatkan pelatih Kursus Diploma Terapi Pergigian, Diploma Teknologi Pergigian dan Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian. Sebanyak 6 kumpulan yang bertanding (36 orang pelatih) telah bertanding dalam acara Galah Panjang, Boling Kelapa, Laga Ayam dan Lari Berganti Kasut Tempurung. Seramai 25 orang Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Pelatih Juruterapi Pergigian Tahun 1 dan Pelatih Juruteknologi Pergigian Tahun 1 yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti ini. Program ini juga dihadiri oleh dua orang Penyelaras GK Kecergasan (Pn. Nor Fazilah bt Ahmad & En. Noel Nilam) dan disaksikan seramai 134 orang penonton (Pelatih JP, JT & PPP).

Tujuan program ini dilaksanakan bagi membolehkan dan menggalakkan para pelatih dari ketiga-tiga program kursus untuk melakukan aktiviti riadah di samping meningkatkan lagi ikatan silaturrahim dan menjalinkan hubungan baik di antara pelatih serta menambahkan lagi semangat kesepakatan dan kerjasama antara individu dan meningkatkan semangat bertoleransi sesama pelatih. Jawatankuasa GK Kecergasan mengucapkan jutaan terima kasih atas Kerjasama dan semangat yang diberikan oleh pihak Pengurusan ILKKM Georgetown (P) dan semua pelatih yang menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 07 April 2026.

Jumlah Pengunjung: 86244

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)