i. Kursus Pra Perkhidmatan
Pengenalan
Juruterapi Pergigian membantu melengkapkan khidmat Pegawai Pergigian terutama didalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada populasi yang disasarkan iaitu kanak-kanak tadika dan murid-murid sekolah untuk memastikan tahap kesihatan mulut yang optimum.
Rawatan yang diberikan meliputi tampalan dan cabutan gigi susu serta aktiviti pencegahan dan pendidikan kesihatan pergigian.
Sejarah
Tahun 1948 : Kerajaan Malaysia telah menubuhkan skim Jururawat Pergigian yang berdasarkan skim dari New Zealand.
Tahun 1949 : Sekolah Latihan Pergigian telah ditubuhkan di Hospital Pulau Pinang dan ada permulaannya 5 orang Jururawat Perubatan diambil menjalani latihan selama setahun lagi untuk menjadi Jururawat Kesihatan Umum (Pergigian).
Tahun 1952 : Seramai 15 orang dari lepasan sekolah menjalani latihan selama 3 tahun 4 bulan dan tamat pengajian pada tahun 1955 menjadi Jururawat Pergigian.
Tahun 1996 : Pengiktirafan Sijil Kejururawatan Pergigian ke Diploma Kejururawatan Pergigian.
Tahun 2004 : Pelaksanaan Kurikulum Sistem Kredit Diploma Kejururawatan Pergigian serta latihan penggunaan hanpis berkelajuan tinggi kepada pelatih Jururawat Pergigian.
Tahun 2017 : Penjenamaan semula Skim Jururawat Pergigian kepada Juruterapi Pergigian.
Tahun 2021 : Kurikulum Diploma Terapi Pergigian dengan pendekatan Outcome Based Education mula digunapakai.
|
GRADUAN KURSUS DIPLOMA TERAPI PERGIGIAN (Tarikh Kemaskini : 06 Ogos 2025) |
||
|
Tahun |
Tempoh |
Bilangan |
|
1950 - 1959 |
10 Tahun |
113 |
|
1960 - 1969 |
10 Tahun |
278 |
|
1970 - 1979 |
10 Tahun |
488 |
|
1980 - 1989 |
10 Tahun |
517 |
|
1990 - 1999 |
10 Tahun |
568 |
|
2000 - 2009 |
10 Tahun |
1252 |
|
2010 - 2019 |
10 Tahun |
1125 |
|
2020 - 2021 |
2 Tahun |
150 |
|
Jumlah |
72 Tahun |
4491 |
Deskripsi Program
|
Name program |
Diploma Terapi Pergigian |
|
Aras MQF |
4 |
|
Bidang Pengajian |
Diploma |
|
Bahasa Pengantar |
Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris |
|
Mode Pengajian |
Sepenuh Masa |
|
Mode Penyampaian |
Bersemuka |
|
Kaedah Penyampaian |
Syarahan / Tutorial / Praktikal / Klinikal dll. |
|
Tempoh Pengajian |
• 3 Tahun atau 6 Semester • 2 tahun 4 bulan di Institusi & 8 bulan di Pusat Latihan Amali |
|
Syarat kemasukan |
• Kelayakan minimum SPM, dan; • Minimum lima (5) kepujian dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu |
| Link/ Pautan SPA Syarat Kemasukan Untuk Diploma Terapi Pergigian |
https://www.spa.gov.my/informasi/syarat-permohonan/latihan- separa-perubatan |
Struktur Umum Semester
|
Minggu |
Bilangan Minggu |
Aktiviti |
|
1 |
1 |
Pendaftaran / Orientasi |
|
2 - 9 |
8 |
Teori / Klinikal |
|
10 |
1 |
Cuti Pertengahan Semester |
|
11 - 19 |
9 |
Teori / Klinikal |
|
20 |
1 |
Minggu Projek dan Ulangkaji |
|
21 - 23 |
3 |
Peperiksaan Akhir Semester |
|
24 - 26 |
3 |
Cuti Akhir Semester |
STRUCTURE OF CURRICULUM - DENTAL THERAPY
|
YEAR 1
|
|||
|
SEMESTER I
|
SEMESTER II
|
||
|
COURSE CODE
|
SUBJECT
|
COURSE CODE
|
SUBJECT
|
|
CCEH 2012 |
English For Health Care Provider I |
CCEH 2022 |
English For Health Care Provider II |
|
CCPS 2012 |
Professional Skills Development I |
CCPS 2022 |
Professional Skills Development II |
|
GCSP 2033 |
Health Sociology and Psychology |
GCLE 2042 |
Law, Ethic and Professionalisme in Health Care |
|
GCSF 2013 |
Introduction To Human Structure and Function |
DNCD 2063 |
Conservative Dentistry II |
|
DNSH 2013 |
Occupational Safety and Health |
DNDB 2073 |
Dental Biosafety |
|
DNDA 2023 |
Dental Anatomy |
DNCM 2083 |
Clinical Management I |
|
DNCD 2033 |
Conservative Dentistry I |
DNOP 2093 |
Oral Pathology |
|
DNHN 2042 |
Head And Neck Anatomy |
DNPD 2103 |
Preventive Dentistry |
|
DNCP 2052 |
Clinical Practice I |
DNCP 2112 |
Clinical Practice II |
|
YEAR 2
|
|||
|
SEMESTER I
|
SEMESTER II
|
||
|
COURSE CODE
|
SUBJECT
|
COURSE CODE
|
SUBJECT
|
|
DNOS 2123 |
Oral Surgery and Drugs Related |
CCRM 2013 |
Basic Research Methodology and Statistic |
|
DNGP 2133 |
General Pathology |
DNCO 2173 |
Community Oral Health |
|
DNSD 2143 |
Specialized Dentistry |
DNCM 2183 |
Clinical Management II |
|
DNCP 2153 |
Clinical Practice III |
DNCP 2193 |
Clinical Practice V |
|
DNCP 2162 |
Clinical Practice IV |
DNCP 2202 |
Clinical Practice VI |
|
YEAR 3
|
|||
|
SEMESTER I
|
SEMESTER II
|
||
|
COURSE CODE
|
SUBJECT
|
COURSE CODE
|
SUBJECT
|
|
DNCP 2213 |
Clinical Practice VII |
DNCM 2243 |
Clinical Management III |
|
DNCP 2223 |
Clinical Practice VIII |
DNOE 2253 |
Oral Epidemiology |
|
DNCP 2233 |
Clinical Practice IX |
DNCP 2263 |
Clinical Practice X |
|
|
DNCP 2273 |
Clinical Practice XI |
|
|
|
|
CCCC 2012 |
Co Curriculum (CCCC 2012 is a continuous subject conducted throughout the programme, starting from Year 1 Semester 1 up to Year 3 Semester 2) |
Prasarana

ii. Kursus Pos Basik
Pengenalan
Kursus Pos Basik Pergigian merupakan program latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan di peringkat Sijil Pos Basik dan Diploma Lanjutan, khusus untuk Juruterapi dan Juruteknologi Pergigian yang sedang berkhidmat di sektor awam, badan berkanun, dan swasta. Pada masa ini, terdapat tiga kursus pos basik yang ditawarkan iaitu Sijil Pos Basik Pediatrik Juruterapi Pergigian, Sijil Pos Basik Ortodontik Juruteknologi Pergigian dan Sijil Pos Basik Prostesis Maksilofasial Juruteknologi Pergigian.
Kursus ini dilaksanakan dengan pengambilan pelatih baharu sekali setahun bagi sesi Mac, manakala hebahan iklan kursus dibuat sekitar Disember hingga Februari setiap tahun. Maklumat kursus disebarkan melalui surat edaran rasmi kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Pengarah Hospital, Institut Latihan, Ketua-ketua Perkhidmatan dan Bidang, serta melalui portal dan saluran rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia seperti http://eldp.moh.gov.my dan Postmaster KKM.
Bermula ambilan tahun 2022, Kursus Pos Basik Pergigian telah melaksanakan transformasi kurikulum dengan beralih daripada pendekatan konvensional kepada pendekatan Outcome-Based Education (OBE). Langkah ini diambil selaras dengan keperluan semasa untuk memastikan program latihan menghasilkan Juruterapi dan Juruteknologi Pergigian yang bukan sahaja kompeten dari segi pengetahuan, tetapi juga mahir dalam kemahiran praktikal, kepimpinan, komunikasi, dan pemikiran kritis yang menepati keperluan perkhidmatan kesihatan semasa.
Ciri-ciri utama transformasi kepada kurikulum OBE:
1. Penetapan hasil pembelajaran yang spesifik dan boleh diukur, merangkumi aspek kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (sikap).
2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelatih, termasuk pembelajaran kendiri, pembelajaran berasaskan kes, simulasi klinikal, serta latihan praktikal di fasiliti kesihatan.
3. Sistem penilaian yang holistik, tidak lagi hanya bergantung kepada peperiksaan akhir semata-mata, tetapi juga termasuk penilaian berterusan, log buku klinikal, portfolio, refleksi kendiri dan penilaian berasaskan prestasi sebenar.
4. Peningkatan berterusan kualiti latihan (CQI) melalui maklum balas daripada pelatih, fasilitator, dan pihak berkepentingan seperti ketua jabatan dan pentadbir fasiliti.
Peralihan kepada kurikulum OBE ini membolehkan penyampaian kursus lebih sistematik, telus dan selaras dengan kehendak profesionalisme dalam bidang pergigian serta selari dengan dasar pendidikan negara yang menekankan kebolehpasaran dan kebolehlaksanaan graduan dalam persekitaran kerja sebenar.
Latar Belakang
Pelaksanaan Kursus Pos Basik bagi Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian telah mula diperkenalkan di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & ILKKM (Pergigian) Georgetown sejak tahun 1993. Sejak itu, institusi ini telah melahirkan seramai 894 graduan yang berjaya menamatkan latihan sehingga tahun 2024.
Para Graduan Kursus Pos Basik Dari Ppkk & Ilkkm (Pergigian) Georgetown
| KURSUS YANG DITAWARKAN | TAHUN | BILANGAN |
| Sijil Pos Basik Pengurusan Kelengkapan Pra Rawatan Pergigian (Juruteknologi Pergigian) | 1993 | 126 |
| Sijil Pos Basik Kanak-Kanak Istimewa (Juruterapi Pergigian) | 1993 | 89 |
| Sijil Pos Basik Prostodontik Geriatik (Juruteknologi Pergigian) | 1994,1996 | 128 |
| Sijil Pos Basik Teknik Membantu Rawatan Pergigian (Pembantu Pembedahan Pergigian) | 1997 | 26 |
| Sijil Pos Basik Bedah Mulut (Juruterapi Pergigian) | 2004 | 15 |
| Sijil Pos Basik Periodontik (Juruterapi Pergigian) |
2002,2006,2009,2012,2013,2017 |
127 |
| Sijil Pos Basik Ortodontik (Juruterapi Pergigian) |
1999, 2005, 2008,2018 |
83 |
|
Sijil Pos Basik Pediatrik (Juruterapi Pergigian) |
1998,2003,2007,2010, 2016.2022 |
90 |
|
Sijil Pos Basik Ortodontik (Juruteknologi Pergigian) |
2002, 2005, 2011,2015,2019 |
129 |
|
Sijil Pos Basik Prostesis Maksilofasian (Juruteknologi Pergigian) |
1998, 2000, 2011,2015,2021 |
81 |
Deskripsi Program
| NO | PERKARA | KETERANGAN |
| 1 |
Nama Kursus |
Kursus Sijil Pos Basik Pediatrik Juruterapi Pergigian |
| Tahap MQF |
4 |
|
| 2 |
Jam Kredit |
20 |
| Kod Pendidikan Kebangansaan (NEC) | 0911 | |
| 3 | Mod Pembelajaran | Sepenuh Masa |
| 4 | Kaedah Penyampaian |
Pembelajaran Bimbingan & Latihan Klinikal |
| 5 | Kaedah Pengajaran |
Syarahan / Tutorial / Praktikal / Klinikal dan sebagainya |
| 6 | Tempoh Kursus |
6 Bulan |
| 7 | Kapasiti Peserta Kursus |
25 orang |
| 8 | Lokasi Kursus |
Fasa Pengajaran Teori : ILKKM (Pergigian) Georgetown Fasa Klinikal : Jabatan Pergigian Negeri / Pejabat Pergigian Daerah / Klinik Pergigian / Agensi Berkaitan yang Relevan |
Deskripsi Program
| NO | PERKARA | KETERANGAN |
| 1 |
Nama Kursus |
Kursus Sijil Pos Basik Ortodontik Juruteknologi Pergigian |
| Tahap MQF |
4 |
|
| 2 |
Jam Kredit |
20 |
| Kod Pendidikan Kebangansaan (NEC) | 0911 | |
| 3 | Mod Pembelajaran | Sepenuh Masa |
| 4 | Kaedah Penyampaian |
Pembelajaran Bimbingan & Latihan Klinikal |
| 5 | Kaedah Pengajaran |
Syarahan / Tutorial / Praktikal / Klinikal dan sebagainya |
| 6 | Tempoh Kursus |
6 Bulan |
| 7 | Kapasiti Peserta Kursus |
25 orang |
| 8 | Lokasi Kursus |
Fasa Pengajaran Teori : ILKKM (Pergigian) Georgetown Fasa Klinikal : Jabatan Pergigian Negeri / Pejabat Pergigian Daerah / Klinik Pergigian / Agensi Berkaitan yang Relevan |
Deskripsi Program
| NO | PERKARA | KETERANGAN |
| 1 |
Nama Kursus |
Kursus Sijil Pos Basik Prostesis Maksilofasial Pergigian |
| Tahap MQF |
4 |
|
| 2 |
Jam Kredit |
20 |
| Kod Pendidikan Kebangansaan (NEC) | 0911 | |
| 3 | Mod Pembelajaran | Sepenuh Masa |
| 4 | Kaedah Penyampaian |
Pembelajaran Bimbingan & Latihan Klinikal |
| 5 | Kaedah Pengajaran |
Syarahan / Tutorial / Praktikal / Klinikal dan sebagainya |
| 6 | Tempoh Kursus |
6 Bulan |
| 7 | Kapasiti Peserta Kursus |
25 orang |
| 8 | Lokasi Kursus |
Fasa Pengajaran Teori : ILKKM (Pergigian) Georgetown Fasa Klinikal : Jabatan Pergigian Negeri / Pejabat Pergigian Daerah / Klinik Pergigian / Agensi Berkaitan yang Relevan |
Struktur Umum Semester
| MINGGU | JUMLAH MINGGU KESELURUHAN | AKTIVITI |
| 1 |
1 |
Pendaftaran / Taklimat Akademik |
| 2 | 9 |
Pengajaran Teori / Klinikal |
| 3 |
1 |
Cuti Pertengahan Semester |
| 4 | 10 | Pengajaran Teori / Klinikal |
| 5 | 1 | Minggu Ulangkaji |
| 6 | 2 |
Peperiksaan Akhir Semester |
| 7 | 2 |
Cuti Akhir Semester |
STRUKTUR KURIKULUM
| MINGGU | Semester 1 |
|
1 |
Orientasi |
| 2-10 | Fasa Pengajaran Teori |
| 11 |
Cuti Pertengahan Semester |
| 12 - 21 | Fasa Pengajaran Teori |
|
Fasa Klinikal |
|
| 22 | Minggu Ulangkaji |
| 23-24 | Peperiksaan Akhir Semester |
| 25-26 | Cuti Akhir Semester |
Prasarana
Fasa Pengajaran Teori Di Ilkkm (Pergigian) Georgetown


iii. Peperiksaan
a. PENGENALAN
Subunit ini memainkan peranan penting dalam merancang, melaksanakan dan memantau pelaksanaan penilaian berterusan dan Peperiksaan Akhir Semester (PAS) pelatih mengikut Garis Panduan Penilaian (GPP), Instrumen Pemastian Standard (IPS), dan Rekod Kepastian Kualiti (QAP). Subunit ini juga bertanggungjawab menyediakan pelaporan kualiti, menyelia pelaksanaan anlisis hasil pembelajaran, dan menyokong pematuhan standard latihan oleh MQA, Lembaga Profesional, serta Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) KKM.
Program terlibat:
- Pra-Perkhidmatan (Basik)
- Diploma Terapi Pergigian (JP)
- Diploma Teknologi Pergigian (JT)
- Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP)
- Pos Basik
- Sijil Pos Basik Juruterapi Pergigian (Pediatrik, Ortodontik, Periodontik)
- Sijil Pos Basik Juruteknologi Pergigian (Ortodontik, Prostesis Maksilofasial)
b. OBJEKTIF DAN FUNGSI UTAMA
| BIL | OBJEKTIF UTAMA | PENUNJUK BOLEH UKUR | ||
| 1 | Menyemak kelayakan pelatih menduduki PAS | ≥ 90% kehadiran, 75% pencapaian sasaran praktikal/ klinikal, 100% penilaian berterusan praktikal/ klinikal/ teori telah dilaksana | ||
| 2 | Menyokong keberkesanan pengajaran melalui penilaian berterusan teori & amali, semakan buku log dan rekod klinikal | Penilaian berterusan, buku log lengkap & disahkan tenaga akademik | ||
| 3 | Menyelia pelaksanaan penilaian & pemarkahan teori, praktikal/ klinikal yang sah | Audit IPS 1 kali setahun | ||
| 4 | Menjalankan analisis hasil pembelajaran | Semua pengajar/Course Coordinator serah laporan PLO CLO | ||
| 5 | Menyediakan data berkualiti untuk laporan penilaian kendiri dan audit MQA/ Naziran BPL | Laporan QAP lengkap & ikut takwim: Januari – Jun, Julai - Disember |
c. INDIKATOR KUALITI UTAMA
1. Kursus Pra-Perkhidmatan (Basik)
(Diploma JP, Diploma JT, Sijil PPP)
| BIL | INDIKATOR | SASARAN (KPI) |
| 1 | % Lulus PAS dalam cubaan pertama | ≥ 95% |
| 2 | % Lulus PAS dalam cubaan pertama | ≥ 95% |
| 3 | % Gred ≥ B semua kod kursus | ≥ 25% |
| 4 | % PNGK ≥ 3.00 dan lulus semua kursus | ≥ 40% |
| 5 | % PNGK ≥ 3.67 (cemerlang) | ≥ 5% |
| 6 | % Lulus OSCE/OSPE/Praktikal cubaan pertama | 100% |
| 7 | % Gred > B+ dalam komponen OSCE/OSPE/Praktikal | 100% |
| 8 | Tempoh pertemuan pengajar-pelatih (pengajaran langsung) | ≥ 20 jam/minggu |
| 9 | Nisbah pengajar-pelatih | 1:20 |
2. Kursus Pos Basik (JP & JT)
| BIL | INDIKATOR | SASARAN (KPI) |
| 1 | % Lulus Peperiksaan Akhir | ≥ 90% |
| 2 | Nisbah pengajar-pelatih dalam latihan klinikal | 1:10 |
| 3 | Peratus pelatih lengkapkan Rekod Praktis Klinikal / Log Book | 100% |
| 4 | Peratus pelatih lulus dalam penilaian klinikal | 100% |
d. PENSIJILAN AKREDITASI
| NAMA PROGRAM | NO RUJUKAN PROGRAM |
|
Diploma Terapi Pergigian
|
MQA/FA13408
|
|
Diploma Teknologi Pergigian
|
Telah lulus
|
|
Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian
|
Belum
|
iv. Unit Hal Ehwal Pelatih
- Menjaga ketenteraman di dalam dan di luar institusi melalui pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2016, BPL, KKM.

Makmal Seramik Makmal Teknologi Pergigian Makmal Kromium 














