Apakah tugas sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian?
1) Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit.
2) Pembasmian kuman pada perkakas pergigian.
3) Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian, Jururawat dalam pembedahan mulut (Oral Surgery).
4) Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit.
5) Membantu Pegawai Pergigian, Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah.
6) Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain perkakas seperti troli dan mesin.
7) Menyediakan penyata bulanan dan graf.
8) Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.
Nyatakan tugas-tugas sebagai Juruteknologi Pergigian?
1) Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut:
1.1) Prostetik
i) Dentur Penuh
ii) Dentur Sebahagian
1.2) Konservatif
i) Korona
ii) Inlai
iii) Onlai
iv) Jambatan (Bridge)
1.3) Ortodonik
i) Aplians Boleh Tanggal
ii) Aplians Fungsi
iii) Komponen- komponen Aplians Tetap
1.4) Maksilofasial
i) Obturator
ii) Splin
1.5) Memperbaiki dan mengubahsuai Aplians meliputi kes-kes berikut:
i) Aplians Terfraktur (Fractured Applainces)
ii) Penambahan Unit Aplians
iii) Lapis Semula (Relining)
iv) Landas Semula (Rebasing)
v) Mereplika dentur penuh
2) Merekabentuk Aplians
Merangka bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu.
3) Menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan pergigian
3.1) Menyelenggara kelengkapan pergigian sesuai dengan prinsip penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
3.2) Memperbaiki kelengkapan pergigian yang rosak.
3.3) Melaksana pemasangan kelengkapan pergigian.
4) Pengurusan
4.1) Kelengkapan Pergigian
i) Mengurus penyelenggaraan dan pembaikan kelengkapan yang tidak boleh dilaksanakan oleh Juruteknik Pergigian yang memerlukan kepakaran swasta.
ii) Menyelia pemasangan kelengkapan pergigian.
iii) Menilai kelengkapan pergigian untuk menentukan 'cost effective'.
iv) Memberi tunjuk ajar di dalam pengendalian kelengkapan pergigian.
v) Memberi khidmat nasihat teknikal.
4.2) Stor
i) Menilai dan menguji bahan pergigian untuk menentukan 'cost effective'.
ii) Mengurus perolehan kelengakapan dan bahan untuk memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Boleh berikan senarai tugas sebagai Juruterapi Pergigian?
1) Tugas-tugas Rawatan Pesakit
1.1) Am
Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua serta agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.
1.2) Diagnosis
Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit di bawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.
1.3) Profilaksis
Pembersihan gigi termasuk prosedur penskaleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.
1.4) Restorasi
Menyedia kaviti dan membuat tampalan.
1.5) Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan
1.6) Rawatan lain mengikut arahan
2) Pendidikan Kesihatan Pergigian
2.1) Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.
2.2) Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.
3) Kanseling
3.1) Penjagaan Kesihatan Oral.
3.2) Penjagaan di rumah (Home Care).
4) Kawalan Jangkitan
5) Kejururawatan Komuniti
6) Penyelidikan Sistem Kesihatan
i) Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan gigi.
7) Pentadbiran dan Pengurusan
i) Penyelenggaraan, keselamatan dan inventori alat kelengkapan.
ii) Kebersihan surgeri pergigian dan persekitaran klinik.
Apakah syarat kemasukan sebagai pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian?
Latihan: Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih
Kod Skim: 3325
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 2 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM 517.15 sebulan
Kelayakan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu termasuk Ujian Lisan di peringkat PMR (keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian Bahasa Malaysia dan Sains).
PERHATIAN:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian, Gred U17.
Saya ingin memohon Kursus Diploma Juruteknologi Pergigian. Bagaimana caranya?
Latihan: Juruteknologi Pergigian Pelatih
Kod Skim: 3306
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa: RM 621.21 sebulan Latihan
Tempat Latihan: Pusat Pergigian Kanak-Kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.
A. Syarat Latihan
i) SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
B. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbangkan secara KPSL untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Pergigian, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di para A(i); dan
ii) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan
PERHATIAN:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juruteknologi Pergigian, Gred U29.
Sila layari http://www.spa.gov.my