Unit Pengurusan bertanggungjawab dalam urustadbir sumber manusia, kewangan, aset & stor, teknologi maklumat, pembangunan dan latihan di institusi.
Unit Pengurusan memainkan peranan penting untuk memastikan urustadbir sumber-sumber di institusi adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan & Perbendaharaan serta lain-lain arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa kepada pelanggan mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bahagian Sumber Manusia berfungsi untuk melaksanakan urusan perkhidmatan kakitangan di PPKK & ILKKM (Pergigian).
Fungsi:
- Melaksanakan urusan perlantikan, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen, tanggung kerja, pemangkuan dan kenaikan pangkat anggota mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menyedia, menyemak dan merekod Laporan Perubahan (Kew. 8)
- Menguruskan perlantikan, perlanjutan, perjanjian dan tamat kontrak bagi pegawai lantikan secara kontrak.
- Melaksanakan arahan pertukaran/penempatan pegawai atas arahan KKM.
- Menguruskan persaraan pilihan, wajib, letak jawatan & pelepasan jawatan dengan izin.
- Melaksanakan Tapisan Keutuhan SPRM atas talian.
- Merekod, memproses dan mengeluarkan Sijil Amalan Tahunan bagi Pegawai Pergigian.
- Mengendalikan data perjawatan.
- Mengurus Sistem Aplikasi HRMIS.
- Menjadi urusetia Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan.
- Menguruskan Pengisytiharan Harta.
- Menyelenggara, mengemaskini dan memastikan penyimpanan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang selamat.
Pentadbiran Am
Bahagian Pentadbiran Am bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran pejabat dan menyediakan perkhidmatan kepada semua bahagian.
Fungsi:
- Melaksanakan urusan pentadbiran am pejabat.
- Menguruskan penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan jabatan.
- Memantau dan menguruskan Sistem Perakam Waktu(e-Jari) dan menyediakan laporan kehadiran anggota di jabatan.
- Mengendalikan Sistem Fail dan urusan surat – menyurat.
- Menguruskan permohonan kuarters di jabatan.
- Menguruskan urusan berkaitan pelatih.
- Memantau pengurusan keselamatan pejabat dan institusi.
Bahagian Kewangan berfungsi dalam pengurusan kewangan selari dengan peruntukan yang diterima mengikut garis panduan, surat arahan dari KKM dan Arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.
Fungsi:
- Menguruskan peruntukan belanjawan institusi.
- Menguruskan perolehan secara tender, sebutharga dan pembelian terus.
- Menguruskan proses terimaan, tuntutan dan permohonan pinjaman.
- Melaksanakan proses bayaran.
- Menguruskan biasiswa pelatih.
- Menyediakan dan Mengemukakan laporan kewangan yang telah ditetapkan oleh JANM Pulau Pinang dan Bahagian Kewangan, KKM.
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JPKA) di peringkat institusi (setiap suku tahun).
Unit Pembangunan berperanan di dalam aspek pengurusan & penyelenggaraan fasiliti sedia ada serta perancangan pembangunan di masa akan datang bagi memenuhi keperluan penyampaian perkhidmatan di institusi ini.
Antara fungsinya adalah seperti berikut:
- Pengurusan Aset Tak Alih selaras TPATA (pendaftaran/ pelaporan / pelupusan).
- Program Penyelenggaraan Pencegahan ke atas fasiliti meliputi penyelenggaraan bangunan, elektrik, kebersihan & landskap serta keselamatan termasuk mengurus VCM dengan semua pembekal perkhidmatan.
- Mengurus Projek Naik Taraf & Pembaikan Kecil Fasiliti (BP00600) meliputi perancangan spesifikasi / skop kerja, anggaran kos, pemantauan dan penilaian kerja yang dilaksanakan oleh pembekal.
- Mengurus projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi penyediaan technical brief of requirement (TBOR) bagi projek yang telah disenarai-pendek, penyediaan dokumen myProjek, pemantauan serta penilaian projek. Ini termasuklah menghadiri semua mesyuarat yang dikendalikan oleh agensi pelaksana (JKR).
Kemajuan Pembangunan PPKK & ILKKM

Bagi memastikan institusi ini sentiasa memenuhi keperluan sebagai sebuah Institusi Latihan serta kemudahan Penjagaan Kesihatan, beberapa projek Pembangunan telah dilaksanakan di bawah Peruntukan Pembangunan samada BP00600 atau Rancangan Malaysia (RMK 12 Rolling Plan 1-5).
Unit Pengurusan Aset dan Stor berfungsi untuk mengurus aset alih dan stok Kerajaan di PPKK & ILKKM (Pergigian) selaras di bawah Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PPP).
Fungsi:
- Mengurus semua urusan aset alih Kerajaan selaras dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM 2.0 meliputi Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pindaan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira.
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) (setiap suku tahun).
- Menyediakan Laporan Suku Tahun Pengurusan Stor bagi Mesyuarat JKPAK dan Laporan Tahunan ke KKM.
Unit Teknologi Maklumat merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap segala peralatan dan perkakasan ICT, menyelenggara sistem rangkaian dan pengoperasian serta berusaha untuk memaksimumkan penggunaan ICT di kalangan warga kerja Pusat Pergigian Kanak-Kanak & ILKKM (Pergigian) Georgetown.
Perkhidmatan:
- Merancang, menyelaras, melaksana serta memantau pemakaian dasar, peraturan dan piawaian berhubung dengan ICT.
- Merancang dan mengurus perolehan ICT bagi menyokong keperluan penawaran perkhidmatan digital di institusi.
- Mengurus pembaikan, penyelenggaraan ICT di institusi
- Merancang, menyedia dan mengurus infrastruktur ICT di institusi.
- Menyediakan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat ICT.
- Meningkatkan kemahiran, kompetensi dan pembudayaan ICT dalam kalangan warga institusi melalui pelaksanaan program-program yang bersesuaian dengan teknologi terkini.
